ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, October 24, 2021

Kontrak Kaunseling

 Kontrak Kaunseling:


Ini adalah Kontrak Kaunseling yang perlu difahami dan dipersetujui oleh pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini demi menjamin kerahsiaan segala maklumat yang dikongsi.


Bahawasanya saya telah memahami serta bersetuju bahawa:


1) Semua tenaga kepakaran yang terlibat akan bertanggungjawab terhadap kerahsiaan maklumat peribadi saya dan melindunginya dari pengetahuan orang lain melainkan melibatkan keselamatan diri saya, pihak lain atau undang-undang.


2) Penyertaan saya ini adalah sukarela. Saya sedar bahawa saya berhak untuk menamatkan persetujuan menerima perkhidmatan ini pada sebarang masa yang saya kehendaki.


3) Saya faham segala maklumat yang saya dedahkan kepada kaunselor disimpan dengan sebaik yang mungkin sebagai suatu rahsia dan tidak akan didedahkan tanpa kebenaran bertulis daripada saya. Terdapat beberapa pengecualian yang diberi mandat atau dibenarkan oleh undang-undang seperti yang berikut:


Tindakan yang membahayakan diri saya atau orang lain.

Terlibat dengan penderaan atau pengabaian kanak-kanak, warga tua, orang kurang upaya atau pasangan masing-masing 

       sama ada benar-benar berlaku ataupun disyaki sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang.

Penglibatan dalam penyalahgunaan dadah.

Diarahkan oleh mahkamah.

Perbincangan dengan pakar profesional lain bagi tujuan perundingan atau penyeliaan.

Jika maklumat yang dikongsikan akan memberi kemudaratan kepada jabatan atau sebagai seorang Penjawat Perkhidmatan 

       Awam.


4) Saya akan menggunakan sesi kaunseling ini untuk saya memahami diri dan mencapai kebenaran diri.


5) Sesi secara maya ini adalah sebagai pembuka bicara dan medium kepada saya untuk bersemuka dengan pegawai yang berkenaan (apabila bersedia) demi mencapai matlamat yang diingini.


6) Saya telah membaca dan memahami segala maklumat yang ada di dalam perjanjian ini dan tidak akan mempersoalkan tindakan kaunselor sekiranya saya melanggar perjanjian ini.


7)Saya faham alternatif kepada sesi kaunseling ini termasuklah rawatan perubatan ataupun tiada rawatan langsung.


8) Saya dengan ini telah membaca kontrak di atas dan bersetuju dengannya.

Sila ke link berikut:

As 💖, [24.10.21 22:48]

Assalamualaikum dan selamat pagi. 


Anda memerlukan pendengar? Anda tidak keseorangan. InshaAllah. Kami sedia membantu. Hubungi Kaunselor Pelatih As Saadah Centre Kami:


Asma' : www.wasap.my/601120512654/sesibimbingan


Azleen: www.wasap.my/60127147031/sesibimbingan


Fadzrine: www.wasap.my/60192579750/sesibimbingan


Jika tuan puan ada hendak berkongsi idea, pandangan dan rasa, silakan hubungi kami ya. InshaAllah kami sedia mendengar 


Maklumat tuan puan adalah dirahsiakan.


Link borang online sesi kaunseling percuma:

 https://tinyurl.com/rtjs57st

Terima kasih, semua😊

CSR Pelatih As Saadah Centre USIM Tele-Psy Support

PERHATIAN: TUJUAN PEMBINAAN LAMAN INI ADALAH UNTUK MEMENUHI TUGASAN BERKUMPULAN


Perkhidmatan Pelatih As Saadah Centre USIM Tele-Psy Support ini merupakan perkhidmatan kami bertiga kepada masyarakat di Malaysia dari segi sokongan psikologi. Perkhidmatan kami adalah secara percuma.


Konsultasi individu secara atas talian khusus untuk pelayar Teratak Teraputik Maya kami. Perkhidmatan ini beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00- petang pada hari bekerja sahaja (Isnin hingga Jumaat ). 


Semasa negara bersiap siaga melawan Covid-19, kami sebagai pelajar Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Dadah (SPADA) akan terus komited menyediakan perkhidmatan bimbingan secara atas talian bagi membantu masyarakat Malaysia melewati hari-hari mereka dengan norma baru. 


Kami yakin dengan perkhidmatan sesi bimbingan secara atas talian ini dapat menjadikan altenatif kepada warga Malaysia untuk mendapat bantuan serta sokongan psikososial bagi mengekalkan tahap kesejahteraan diri. 


Mekanisma atas talian yang digunapakai adalah melalui Aplikasi Whatsapp kami dan juga borang online kami ini. Nombor untuk perkhidmatan Tele-Psy Support kami ini ada disertakan di poster kami di bawah. 


#Kaunseling

#RahmahUntukSemua

#KindnessForAll

#USIMBerjanjiPadaIbunda