ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

Sunday, October 24, 2021

CSR Pelatih As Saadah Centre USIM Tele-Psy Support

PERHATIAN: TUJUAN PEMBINAAN LAMAN INI ADALAH UNTUK MEMENUHI TUGASAN BERKUMPULAN


Perkhidmatan Pelatih As Saadah Centre USIM Tele-Psy Support ini merupakan perkhidmatan kami bertiga kepada masyarakat di Malaysia dari segi sokongan psikologi. Perkhidmatan kami adalah secara percuma.


Konsultasi individu secara atas talian khusus untuk pelayar Teratak Teraputik Maya kami. Perkhidmatan ini beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00- petang pada hari bekerja sahaja (Isnin hingga Jumaat ). 


Semasa negara bersiap siaga melawan Covid-19, kami sebagai pelajar Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Dadah (SPADA) akan terus komited menyediakan perkhidmatan bimbingan secara atas talian bagi membantu masyarakat Malaysia melewati hari-hari mereka dengan norma baru. 


Kami yakin dengan perkhidmatan sesi bimbingan secara atas talian ini dapat menjadikan altenatif kepada warga Malaysia untuk mendapat bantuan serta sokongan psikososial bagi mengekalkan tahap kesejahteraan diri. 


Mekanisma atas talian yang digunapakai adalah melalui Aplikasi Whatsapp kami dan juga borang online kami ini. Nombor untuk perkhidmatan Tele-Psy Support kami ini ada disertakan di poster kami di bawah. 


#Kaunseling

#RahmahUntukSemua

#KindnessForAll

#USIMBerjanjiPadaIbunda

0 Comentarios:

Post a Comment